SKUAD Harimau Muda dilanda kebimbangan seketika selepas Muhamad Nazri Ahmad terbabit dalam insiden pelanggaran dalam perlawanan ketiga mereka di Liga Divisyen Satu Slovakia, namun riak wajah Mohd Azraai Khor Abdullah bertukar ceria selepas pertahanan itu menjalani pemeriksaan doktor.
“Saya lega kecederaan dialami pemain pertahanan, Muhamad Nazri Ahmad tidak serius. Perkara ini disahkan oleh doktor pasukan selepas melakukan X-ray ke atas pemain tersebut di hospital pagi tadi (petang waktu Malaysia),” kata pengendali, Mohd Azraai menerusi facebook.
Perlawanan ketiga kelmarin menentang MFK Zemplin Michalovce sekali lagi tidak berpihak kepada skuad bawah 21 tahun kebangsaan yang tewas 3-0. Beraksi dalam keadaan padang dan cuaca bersalji tebal, Harimau Muda terpaksa akur kepada gol dijaringkan lawan minit ke-44, 70 dan 90.
Jelas kesempatan beraksi di bawah tahap beku di padang astroturf yang diliputi salji bagi menggantikan padang biasa adalah pengalaman berguna buat anak buah Mohd Azraai Khor Abdullah dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran lebih getir di peringkat antarabangsa.
“Dalam keadaan padang dan cuaca yang bersalji tebal, Harimau Muda menampilkan permainan yang lebih mantap dan bertenaga.
“Namun begitu, kami perlu akur dengan kelebihan pasukan lawan yang menggunakan sepenuhnya ketinggian mereka menjaringkan gol hasil daripada sepakan sudut.
“Gol-gol pada minit akhir boleh dielak jika pemain mampu mengekalkan fokus di sepanjang 90 minit permainan,” kata Mohd Azraai mengenai kelemahan ketara pasukannya sepanjang tiga aksi di Slovakia.
Sebelum ini, Harimau Muda kecundang 4-1 kepada Slovan Duslo Sala dan 2-0 kepada Ruzomberok B dengan perlawanan seterusnya minggu depan adalah menentang Liptovsky Mikulas.
Wednesday, March 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment